Keruntuhan Institusi Keluarga
Jodoh dan alam perkahwinan merupakan salah satu isu yang membelenggu jiwa masyarakat sejak beberapa dekad lalu. Banyak forum dan ceramah di media massa mengupas hal sedemikian. Rata-rata responden mengutarakan soalan dan juga luahan hati tidak kira melalui lorong media cetak mahupun elektronik bahkan media sosial seperti Facebook dan Twitter turut menjadi tapak semaian perasaan sendu sendawa. Setelah meniti gerbang perkahwinan dan membina sesebuah institusi keluarga, setiap pasangan perlu menelusuri tanggungjawab serta peranan yang digalas agar mahligai dibina kekal hingga ke hujung nyawa. Namun, langit tidak selalu cerah, hidup tidak selalu indah. Diksi ini menunjukkan kehidupan kita tidak sentiasa tenang dan gembira, kadangkala badai dan duka turut melanda samudera. Persoalan yang ingin dikupas ialah perkara yang menjadi asbab keruntuhan institusi keluarga pada masa kini.
Serasi dan memiliki persefahaman merupakan salah satu resepi kebahagiaan sesebuah institusi keluarga. Tidak semestinya pasangan memerlukan persamaan minat atau karakter untuk mendefinisikan keserasian sebaliknya perbezaan sifat menjadi pelengkap hidup suami isteri. Kuncinya adalah saling menghormati antara satu sama lain. Hal ini penting kerana kehidupan berumah tangga bukan untuk sehari dua sebaliknya harapan melanjutkan hubungan hingga ke hujung usia dan nyawa. Apabila berdepan dengan sesuatu kemelut, pasangan perlulah bijak untuk menangani situasi kesukaran yang menjadi asam garam sebuah kehidupan. Misalnya, apabila berhadapan dengan masalah berkaitan sikap anak-anak, ibu bapa perlu cepat bertindak secara rasional bagi menangani kemelut tersebut agar tidak berlarutan. Jika hal ini berlaku, pelbagai rantaian masalah lain akan timbul lalu menyebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan.
2. Pasangan tidak bertanggungjawab
Selain itu, keruntuhan isntitusi keluarga turut berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab. Setiap pasangan harus sedar bahawa perkahwinan bukan sekadar memenuhi nafsu diri, bahkan mereka memikul amanah dan tanggungjawab yang besar. Hal ini dapat dilihat terhadap peranan suami yang berperanan mencari nafkah demi komitmen terhadap isteri dan anak-anaknya. Begitu juga dengan si isteri yang membantu suami dari segi penjagaan rumah tangga. Gabungan tugas ini bisa mengukuhkan aura positif dalam melahirkan sebuah keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah. Justeru, ketiadaan nilai tanggungjawab dalam empunya diri menjurus kepada keruntuhan rumah tangga.
3. Pasangan curang
Apabila kita tidak bersyukur akan kurniaan tuhan, kita akan terus menggali dan terus mencari kesempurnaan. Dalam rumah tangga, sifat tidak pernah puas memiliki apa yang ada boleh mewujudkan bibit-bibit yang membawa kepada kecurangan dengan pasangan tidak kira lelaki mahupun isteri. Amat menyedihkan suami bermain kayu tiga dengan mencari pasangan yang lebih muda dan bergetah sedangkan isteri yang menjadi suri rumah berhempas-pulas menjaga hal ehwal di rumah. Tidak kurang juga isteri yang tidak menjaga maruah suami yakni tidak menjaga batasan pergaulan yang sepatutnya. Kecurangan sebegini memberi impak negatif terhadap kerukunan mahligai keluarga.

4. Campur tangan keluarga
Tidak dinafikan apabila sah lelaki dan wanita itu bergelar suami isteri, pasangan itu bukan sahaja bakal hidup dengan seseorang yang sebelum ini asing dalam hidupnya, tetapi seluruh keluarga pasangan yang baru dinikahinya. Tiada salah memberi pendapat dan nasihat, tetapi terlalu menjaga tepi kain anggota keluarga yang sudah berkahwin boleh memberi kesan mendalam yang menyakitkan. Sebagai contoh, jika ibu atau bapa kepada pasangan terlalu masuk campur dalam pertelingkahan suami isteri, masalah tersebut bakal mengundang penyakit kudis berjangkit dan melarat hingga perpecahan dan penceraian dalam institusi keluarga. Siapa yang menjadi mangsa? Pasangan itu sendiri yang merana malahan anak-anak menanggung akibat perbuatan orang tua mereka. Natijahnya, anak-anak terabai dan merasakan kurangnya kasih sayang hingga menjatuhkan mereka ke kancah sosial yang dasyat. Tepuk dada, tanya selera.

5. Masalah ekonomi
Kita selalu dengar, wang bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan wang untuk hidup. Jangan terlalu percaya mitos Romeo dan Juliet, Laila dan Majnun. Kadangkala kita perlu sedar diri dalam hidup ini tiada yang segalanya indah dan sempurna. Kita bukanlah maksum umpama nabi. Apabila dijentik sedikit dugaan kewangan, kepercayaan dan kesetiaan pasangan suami atau isteri sudah seakan-akan goyah. Masalah ekonomi dalam rumah tangga sedikit sebanyak menggugat hati dan perasaan bahagia. Sekiranya ujian kecil tuhan itu tidak ditangani secara berhemah dan penuh kesabaran, kita akan kecundang dan lemah serta gagal dalam peperiksaan rumah tangga. Sudah terang lsgi bersuluh bahawa kestabilan ekonomi tetap memainkan peranan penting dalam mewujudkan kerukunan rumah tangga walaupun kata orang, wang bukan penentu kebahagiaan dalam menerajui kehidupan.
Konklusinya, setiap individu mendambakan hubungan cinta yang kekal hingga ke jannah. Sudah menjadi lumrah setiap manusia memerlukan teman untuk menemani mereka menjalani bahtera kehidupan. Persoalannya, adakah bahtera tersebut dilanda badai atau selamat kunjung tiba ke akhir destinasinya? Hakikatnya, cara mengemudi bahtera itu menjadi penentunya. Sebagai manusia, kita perlu sehabis baik cuba mengendalikan bahtera tersebut walaupun ombak dan gelora datang menjelma. Usah dituding jari ke wajah orang lain, sebaliknya lihat dan perbaikilah kelemahan diri untuk memajukan diri. Bidalan ada menyebut, hari ini sepatutnya lebih baik daripada semalam. Marilah menyatukan tenaga bagi mewujudkan institusi kekeluargaan yang penuh dengan kasih sayang.

Comments
Post a Comment