Cara Menulis Penutup

Penulisan penutup sesebuah esei juga penting bagi memperkemas gaya penulisan seseorang.
Dapat disimpulkan bahawa perenggan penutup perlu merangkumi :~
1. Rumusan tema @ topik
2. Cadangan (peranan siapa dan apa yang boleh dilakukan)
3. Harapan (mengapa beri cadangan tersebut) - boleh guna penanda wacana seperti 'Hal ini penting kerana...' dll atau menyambung ayat cadangan dengan menggunakan kata hubung seperti 'agar, supaya, kerana, demi, untuk, bagi...' dll

* Peribahasa yang releven boleh dimasukkan bagi setiap perenggan termasuk perenggan pendahuluan, isi atau penutup.

Contoh penutup : ~

Dapat dirumuskan bahawa alam sekitar merupakan anugerah terindah yang tidak akan ada galang gantinya. Nikmat ini merupakan tanda sayang Tuhan Yang Maha Pemurah buat hambanya. Namun, kita sebagai hamba seakan-akan lupa untuk bersyukur ke hadrat Yang Esa ke atas segala pemberian-Nya.
{Rumusan tema @ topik}
Sehubungan itu, marilah kita menggembleng tenaga untuk menjaga dan memulihara kurniaan daripada Yang Maha Pemberi. Kita tidak mewarisi bumi ini daripada nenek moyang kita, tetapi kita meminjamnya daripada anak cucu kita. Bait kata ini menjelaskan pada kita bahawa kita perlu menjaga amanat yang diberi demi kebaikan dan kesejahteraan bersama. Kasihanilah alam sekitar yang kian sakit akibat tangan durjana manusia yang tidak berperikemanusiaan. Kata peribahasa, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Jangan sampai menyesal di kemudian hari yakni apabila nasi sudah menjadi bubur, segalanya sudah terlambat.
{Cadangan dan harapan, peribahasa}



Selamat Maju Jaya

Comments

Popular posts from this blog

Keruntuhan Institusi Keluarga

Peranan Belia terhadap Pembangunan Negara

Jenis-jenis Pendahuluan