Posts

Showing posts from 2017

Keruntuhan Institusi Keluarga

       Jodoh dan alam perkahwinan merupakan salah satu isu yang membelenggu jiwa masyarakat sejak beberapa dekad lalu. Banyak forum dan ceramah di media massa mengupas hal sedemikian. Rata-rata responden mengutarakan soalan dan juga luahan hati tidak kira melalui lorong media cetak mahupun elektronik bahkan media sosial seperti Facebook dan Twitter turut menjadi tapak semaian perasaan sendu sendawa. Setelah meniti gerbang perkahwinan dan membina sesebuah institusi keluarga, setiap pasangan perlu menelusuri tanggungjawab serta peranan yang digalas agar mahligai dibina kekal hingga ke hujung nyawa. Namun, langit tidak selalu cerah, hidup tidak selalu indah. Diksi ini menunjukkan kehidupan kita tidak sentiasa tenang dan gembira, kadangkala badai dan duka turut melanda samudera. Persoalan yang ingin dikupas ialah perkara yang menjadi asbab keruntuhan institusi keluarga pada masa kini. 1. Pasangan tiada persefahaman        Serasi dan memiliki p...

Peranan Belia terhadap Pembangunan Negara

       Belia harapan bangsa. Cogan kata ini begitu sinonim dengan golongan belia yang merupakan kelompok dominan dan berpengaruh demi melahirkan sebuah negara bangsa yang berjaya. Sehubungan itu, 15 Mei setiap tahun diangkat sebagai hari istimewa buat para belia. Dengan adanya hari tersebut, secara tidak langsung dapat mengingatkan benak fikiran kita tentang besarnya kuasa kumpulan manusia yang berusia 13 hingga 40 tahun ini. Di Malaysia, mereka terdiri daripada dua perlima daripada keseluruhan warganegara. Persoalannya, setakat mana sumbangan yang dihadiahkan oleh perwira bangsa ini demi memakmurkan tanah air serta mewarisi kelangsungan pembangunan politik, ekonomi mahupun sosial?         Sejarah Islam menyaksikan Nabi Muhammad S.A.W telah menerima wahyu yang pertama daripada malaikat Jibril A.S. di Gua Hira'. "Bacalah dengan menyebut nama tuhanmu yang menciptakan." Wahyu pertama ini menjelaskan tentang peri pentingnya membaca atau menuntut ilm...

Cara Menulis Penutup

Penulisan penutup sesebuah esei juga penting bagi memperkemas gaya penulisan seseorang. Dapat disimpulkan bahawa perenggan penutup perlu merangkumi :~ 1. Rumusan tema @ topik 2. Cadangan (peranan siapa dan apa yang boleh dilakukan) 3. Harapan (mengapa beri cadangan tersebut) - boleh guna penanda wacana seperti 'Hal ini penting kerana...' dll atau menyambung ayat cadangan dengan menggunakan kata hubung seperti 'agar, supaya, kerana, demi, untuk, bagi...' dll * Peribahasa yang releven boleh dimasukkan bagi setiap perenggan termasuk perenggan pendahuluan, isi atau penutup. Contoh penutup : ~ Dapat dirumuskan bahawa alam sekitar merupakan anugerah terindah yang tidak akan ada galang gantinya. Nikmat ini merupakan tanda sayang Tuhan Yang Maha Pemurah buat hambanya. Namun, kita sebagai hamba seakan-akan lupa untuk bersyukur ke hadrat Yang Esa ke atas segala pemberian-Nya. {Rumusan tema @ topik} Sehubungan itu, marilah kita menggembleng tenaga untuk menj...

Cara Menulis Isi

Terdapat pelbagai cara untuk menulis perenggan isi termasuklah cara : ~ 1. Deduktif : isi utama di awal perenggan. 2. Induktif : isi utama di akhir perenggan. 3. Campuran : isi utama di awal perenggan dan ditekankan kembali di akhir perenggan. 1. Deduktif Salah satu langkah mengurangkan pencemaran alam sekitar ialah peranan ibu bapa untuk memberi didikan dan kesedaran tentang peri pentingnya menjaga alam sekitar daripada tercemar. Ibu bapa merupakan guru pertama kepada anak-anak di rumah. Sehubungan itu, mereka perlu menunjukkan contoh tauladan yang baik kerana segala tindak tanduk mereka menjadi ikutan anak-anak. Misalnya, ibu bapa bukan sahaja perlu memberi nasihat tentang penjagaan alam sekitar, malahan mereka dilihat sebagai suri pedoman buat permata kecil mereka. Hal ini disebut sebagai kepimpinan melalui tauladan. Anak-anak hanya ibarat kain putih yang suci bersih untuk dicorakkan oleh orang tuanya. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebung. 2. Induktif Umu...

Jenis-jenis Pendahuluan

Pendahuluan merupakan pengenalan tentang sesuatu topik atau tema yang ingin diketengahkan. Justeru, penulis perlu kreatif dalam mempelbagaikan gaya penulisan untuk menarik perhatian pembaca. Berikut merupakan beberapa contoh jenis pendahuluan yang boleh digunakan untuk pembaca sekalian. 1. Definisi Remaja pada umumnya merujuk kepada kelompok manusia yang usianya 12 hingga 21 tahun. Perkataan 'remaja' berasal daripada Bahasa Latin yang turut membawa erti 'menuju ke arah kematangan'. Sementara dari sudut perkembangan manusia, remaja diklasifikasikan sebagai satu transisi daripada peringkat kanak-kanak kepada alam dewasa. 2. Gambaran Pada hujung minggu, aku mengambil peluang untuk pergi ke kedai buku Pustaka Mukmin yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman. Aku perlu membeli buku rujukan dan latihan untuk memperkukuhkan akademik aku. Dalam perjalanan, aku melihat ramai manusia berpusu-pusu keluar masuk dari kompleks beli-belah di situ. Di tangan mereka, ku ...

Teknik Penulisan Esei

Kenal pasti tema dan kata kunci agar tidak terpesong Pendahuluan - tema (guna beberapa jenis atau gaya penulisan pendahuluan) - isu semasa - contoh isu semasa - kata kunci soalan Isi  - isi utama - huraian (isi sokongan) - contoh huraian isi sokongan - penegasan isi utama Penutup - rumusan (tema) - cadangan (siapa + apa yang boleh dilakukan) - harapan (guna penanda wacana seperti 'Hal ini demikian kerana .. ' atau sambung ayat cadangan dengan menggunakan kata hubung seperti 'agar, kerana, supaya, demi, untuk dll' - peribahasa (jika ada)